Permanian Berhadas Lembu / Kambing

Permanian beradas (Artificial Insemination) ialah suatu cara pembikan ternakan di mana lembu betina sewaktu datang berahi dikahwinkan tanpa menggunakan lembu jantan tetapi secara suntikan mani beku. Mani beku ini diperolehi dari baka-baka jantan terpilih dan bermutu tinggi.
Permanian Berhadas Lembu
DEFINISI
Permanian Berhadas (Artificial Insemination) adalah suatu teknik atau kaedah memasuk atau menyuntik air mani (semen) yang telah diproses ke dalam salur pembiakan betina (uterus) menggunakan peralatan yang spesifik
Kebaikan-kebaikan yang diperolehi
-Dianggarkan sebanyak 30,000 suntikan melalui air mani beku dapat dihasilkan dari seekor lembu baka.
-Pengendalian permanian beradas adalah amat mudah serta cepat. Ianya dapat dilakukan ditempat yang jauh yang tiada terdapat lembu-lembu baka yang sesuai
- Senang untuk menyimpan rekod dan penganalisaan baka
Biasanya seekor lembu betina mencapai taraf baligh bila berumur dalam lingkungan 18 bulan. Tindakan hormon pembiakan seperti Follicular Stimulating Hormone ( FSH), Leutanizing Hormone (LH) akan memberi rangsangan kepada terjadinya berahi (On Heat) dan ovulation kepad lembu tersebut.Bagi setiap seekor lembu betina jangka masa bagi satu-satu lingkaran nafsu berahi ialah diantara 18 -24 hari. Ianya akan berulang lagi selepas tempuh ini sekiranya ternakan tidak bunting. Proses ini akan bermula semula selepas ianya melahirkan anak dan akan berterusan hingga ke peringkat umur tua
Perlunya mengesan pusingan berahi
Adalah mustahak bagi penternak mengetahui lembu yang betul-betul tiba pusingan berahi. Penternak mesti mengesan sekurang-kurangnya 2 kali dalam sehari. Adalah lebih senang jika lembu-lembu dilepaskan di padang ragutan bagi mengesan berahi. Kalau diikat sudah tentu lembu tersebut tidak dapat memanjat diantara satu dengan yang lain..
Tanda tanda berahi
-Gelisah dan mengembek
-Nafsu makan berkurangan
-Suka memanjat lembu/ kambing lain
-Suka mengoyangkan ekornya
-Rela dirinya dipanjat dan dikahwini
-Apabila dijalankan pemeriksaan ( Rectal examination) bahagian rahim keras dan tegang

JANGKA MASA :
-Selama 24Jam

No comments:
Post a Comment